Wednesday, February 11, 2009

Akta Latihan Perkhidmatan Negara

Rang undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan oleh Dewan Negara pada 7 Julai 2003.

Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) adalah “suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan kehadiran orang bagi latihan khidmat negara di Malaysia berdasarkan falsafah Rukun Negara, untuk menubuhkan Majlis Latihan Khidmat Negara bagi maksud latihan khidmat negara, dan bagi perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya.

Selaras dengan keperluan subseksyen 17 (1) Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628), Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) menetapkan PLKN Siri 1/2004 dan Siri 2/2005 dijalankan di dalam empat modul iaitu Modul Fizikal, Modul Kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti. Peserta akan menjalani ke empat-empat modul latihan di semua kem di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak. Seramai 85,000 orang peserta yang terpilih dibahagikan kepada tiga kumpulan pengambilan. Kumpulan 1 seramai 28,334 orang peserta, kumpulan 2 seramai 28,333 orang dan kumpulan 3 seramai 28,333 orang peserta.


No comments:

Post a Comment