Sunday, February 1, 2009

Latar Belakang PLKN


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ataupun National Service (NS) dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Pada 24 Oktober 2002, pelbagai golongan masyarakat (termasuk orang individu, pelajar, tokoh, pesara, ahli korporat, ahli akademik, Polis di Raja Malaysia, Angkatan tentera Malaysia, badan berkanun, ketua jabatan kerajaan, pegawai kanan kerajaan, ahli dewan negara, ahli dewan rakyat (dari kerajaan dan pembangkang), setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri dan menteri besar) telah sebulat suara dalam menyatakan hasrat untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ ataupun yang lebih dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Antara alasan-alasan yang telah dibentangkan kepada cetusan idea ini adalah;

  • Sebagai penyediaan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara
  • menanam semangat kesukarelaan
  • menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum

Maka, pihak kerajaan telah menjalankan beberapa kajian dengan mendapatkan maklumbalas daripada beberapa pihak mengenai pelaksanaan program ini. Di antaranya ialah:

  • para ibubapa dan pelajar yang ditemui dari pelbagai kaum memberi pendapat yang berbeza-beza dari segi tempoh perjalanan program ini, tetapi kesemuanya bersepakat di dalam pernyataan objektif utama program iaitu patriotisme, perpaduan dan disiplin
  • pandangan dari badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik
  • mengkaji pelaksanaan program-program ini di negara-negara lain
  • menukarkan istilah ‘kerahan tenaga’ kepada ‘khidmat negara’

No comments:

Post a Comment