Monday, February 9, 2009

Konsep PLKN

  1. Berteraskan Rukun Negara
  2. Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari berbagai kaum
  3. Penyertaan diwajibkan dan tiada pengecualian melainkan atas sebab-sebab kesihatan yang diiktiraf oleh doktor/hospital kerajaan
  4. Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun . Buat masa ini kerajaan memutuskan penyertaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau seusia dengannya
  5. Jangkamasa program latihan tidak melebihi daripada enam (6) bulan
  6. Kurikulum dibentuk dengan mengambilkira kepelbagaian kaum
  7. Melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGO
  8. Bukan berbentuk kerahan tenaga atau “Military Conscript
  9. Mempunyai kurikulum yang berbagai disiplin
  10. Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu
  11. Dilaksanakan di kem latihan secara berterusan selama tidak lebih daripada 90 hari (di dalam PLKN Siri 1/2004 pelatih mengikuti Modul Fizikal di dalam kem dan Modul Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti di Institusi Pengajian Tinggi Awam)
  12. Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan tetapi mengenakan hukuman untuk mengajar
  13. Menyeronokan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa
  14. Menjadi proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk experiential
  15. Mengutamakan semangat muhibbah di dalam semua aktiviti yang dijalankan
  16. Bilangan pelatih bagi setiap kem ialah antara 300 – 400 orang (di dalam PLKN Siri 1/2004 seramai 680 – 720 orang pelatih berada di setiap kem)
  17. Semua pelatih tinggal di dalam berek/blok kediaman dan tidak lagi dalam khemah seperti semasa Siri 1/2004. Setiap berek akan didiami oleh 25 orang pelatih
  18. Diwujudkan Kumpulan Naziran untuk pemantauan. Setiap pasukan naziran di bawah Majlis Latihan Khidmat Negara di peringkat negeri di seluruh negara dipengerusikan oleh seorang anggota Majlis
  19. Memastikan pelatih tidak dibebankan dengan subjek-subjek yang telah dilalui di sekolah
  20. Mengurangkan kepadatan modul untuk disesuaikan dengan remaja lepasan sekolah
  21. Arah tuju dan tindakan selanjutnya mengenai Khidmat Negara akan diambil berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri

No comments:

Post a Comment