Wednesday, February 18, 2009

Pandangan Mengenai PLKN

Secara peribadi, pelaksanaan PLKN ini merupakan satu langkah yang murni pihak kerajaan di dalam menyemaikan nilai-nilai positif ke dalam diri golongan setiap remaja yang baru hendak melangkah ke dunia yang lebih luas ini yang akan menerajui negara ini pada masa hadapan. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan negara. Namun begitu, kesan gelombang globalisasi telah mencabar keamanan dan keharmonian negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Nilai individualistik, materialistik dan pelbagai nilai yang baik di kalangan masyarakat khususnya remaja telah sedikit sebanyak mulai terhakis atau dilupai. Semangat patrotisme dan nilai kesukarelaan sudah mulai terjejas menggantikan gejala sosial yang negatif yang merosakkan individu dan masyarakat. Keadaan ini memerlukan langkah dan strategi mantap bagi melindungi generasi remaja yang bakal memimpin dan membawa negara ke arah Wawasan 2020. Dan sebagai salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru, generasi yang berwasasan, berdisiplin, berkeyakianan terhadap diri, generasi berilmu, maka Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan pada tahun 2004. Berteraskan semangat Rukun Negara, PLKN diyakini akan dapat membantu memupuk dan meningkatkan lagi semangat patriotisme, integrasi nasional demi untuk kestabilan dan kesejahteraan rakyat yang berterusan dan sekaligus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.


No comments:

Post a Comment