Saturday, February 21, 2009

Artikel-Artikel Yang Berkaitan

PLKN: Ibu bapa mungkin dibenar saksi latihan menembak
Utusan Malaysia Online  7 Februari  2007 – Rabu

 KUALA LUMPUR 6 Feb. – Ibu bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mungkin akan dibenarkan menyaksikan latihan penggunaan senjata oleh anak mereka pada masa depan, kata Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Tan Sri Lee Lam Thye.

 Menurut beliau, perkara itu bagaimanapun masih di peringkat cadangan dan diharapkan ia dapat mengikis pandangan negatif di kalangan ibu bapa terhadap pelaksanaan aktiviti berkenaan khususnya dari aspek keselamatan.

 ‘‘Ini satu cadangan yang baik dan saya akan membangkitkan perkara ini pada mesyuarat MLKN akan datang,’’ katanya kepada pemberita selepas menyaksikan latihan pendedahan pengendalian senjata (LPPS) bagi pelatih PLKN Kem Milennium Beranang, di Lapang Sasar Kem Sungai Besi di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Abdul Hadi Awang Kechil.

 LPPS adalah elemen tambahan dalam modul fizikal yang dimulakan pada 2005 bertujuan meningkatkan keyakinan diri, disiplin dan semangat patriotisme pelatih.

 Dalam latihan hari ini, seramai 104 pelatih terlibat dalam latihan yang berjalan serentak di 29 lapang sasar di seluruh negara, sejak ia dimulakan 29 Januari lalu. Lam Thye berkata, sebilangan kecil daripada ibu bapa pelatih masih sangsi tentang cara latihan itu dikendalikan, terutama berhubung aspek keselamatan.

 Katanya, berdasarkan rekod penyertaan di kalangan pelatih Kumpulan III, Siri 3/2006 tahun lalu, sejumlah 628 peserta atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan 16,220 pelatih tidak menyertai latihan menembak atas pelbagai alasan.

 Daripada jumlah itu, ujar beliau, seramai 366 pelatih tidak dapat menyertai latihan menembak kerana gagal mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa masing-masing.

 Selebihnya, 178 pelatih menghadapi masalah kesihatan, 157 lagi kerana berasa takut, gentar dan enggan menyertainya manakala selebihnya kerana lain-lain sebab. Bagaimanapun, Lam Thye menambah, sambutan ibu bapa pada masa ini semakin baik dan ini dibuktikan oleh penyertaan daripada pelatih Kem Milennium itu.

Katanya, hanya satu peratus atau lapan daripada 407 pelatih di kem berkenaan tidak terlibat dalam aktiviti berkenaan dan empat daripada pelatih tersebut tidak menyertainya kerana tidak mendapat kebenaran ibu bapa mereka.




Seks: Muslimat bantah Yen Yen

Aiman Athirah Al Jundi | May 14, 08 11:19am

Dewan Muslimat PAS pusat membantah cadangan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Ng Yen Yen untuk memasukkan slot pendidikan seks kepada para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) seperti yang telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia (8 Mei 2008).  

Dewan Muslimat melihat cadangan tersebut dibuat dengan sikap ambil mudah dan seolah-olah melepaskan batuk di tangga kerana kementerian terbabit bersama Kementerian Pelajaran sewajarnya terlebih dahulu meletakkan dan menjelaskan kepada umum akan konsep, objektif dan mekanisme pendidikan seks itu sebelum mengambil tindakan bersifat "tangkap muat" kepada para pelatih PLKN dan seterusnya kepada generasi muda seluruhnya.  

Bahkan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks tersebut mestilah dapat diterima serta mengambil kira pandangan semua kaum dan agama dalam negara ini kerana rakyat Malaysia beragama, beradab dan berbudaya luhur.  

Konsep, objektif dan mekanisma itu nanti seeloknya juga dimuatkan dalam Dasar Sosial Negara (DSN) yang telah dilancarkan pada 19 Ogos 2003 kerana yang jelas wujud kelompangan sangat ketara dalam DSN meskipun telah lima tahun berlalu. 

Sehingga kini, Dewan Muslimat mengenal pasti bahawa pendapat dan pandangan daripada pelbagai pihak dan lapisan masyarakat belum lagi diambil kira bagi menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program tersebut. 

Pandangan dan perspektif Islam contohnya merupakan aspek yang sangat penting untuk diberikan perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik. 

Pendidikan seks dalam Islam ternyata berusaha menutup segala kemungkinan (yakni ruang dan peluang) ke arah hubungan seks terlarang (zina). 

Firman Allah dalam surah al-Isra’: 32 bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk." 

Manakala dalam an-Nur: 30-31 misalnya, Allah berfirman (maksud): "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka... Katakanlah kepada wanita yang beriman - hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya..." 

Dewan Muslimat menyedari bahawa pendidikan seks telah menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik dan lain-lain. 

Oleh sebab itu, topik berkaitan konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks merupakan aspek penting yang terlebih dahulu mesti dilumatkan dalam perbincangan kerana ia perlu difahami secara tuntas, jelas dan mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan. 

Semua itu merupakan asas dalam menentukan kerangka, hala tuju dan hala cara pelaksanaan program pendidikan tersebut.  

Turut perlu diberikan penekanan, kriteria guru yang akan dipertanggungjawabkan dalam pengajaran subjek pendidikan seks. Tentunya individu tersebut seseorang yang mesti terlatih, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan santun dalam penyampaiannya. 

Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks digalakkan selagi ia bermatlamatkan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. 

Perbincanganan tersebut mestilah berlandaskan penafsiran ayat-ayat al-Quran, al-sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang berautoriti sama ada dalam kalangan ilmuan lampau atau semasa. 

Hasil perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan jelas untuk menggubal Dasar Etika dan Adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan reproduksi yang bercirikan Islam, rahmatan lil ‘alaamin (rahmat kepada seluruh alam). 

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat ingin mengingatkan kementerian pembangunan wanita bahawa Malaysia tidak wajar terbawa-bawa dan dibiarkan mengikut rentak atau acuan negara-negara Barat. 

Konsep yang digunakan oleh pihak Barat dalam pendidikan seks sudah ternyata gagal, kerana jelas generasi muda mereka dalam konteks pendidikan seks yang mereka amalkan - ibarat semakin dididik, semakin rosak! 

Ia berlaku disebabkan mereka (generasi muda Barat) bukan diajar agar menjauhi zina tetapi dididik tentang peri pentingnya melakukan apa yang disebut oleh golongan liberal sebagai "seks aman dan sihat", agar tidak meninggalkan kesan yang negatif seperti mengandung anak luar nikah, menularnya penyakit kelamin dan seumpamanya termasuk AIDS dan HIV!  

Beberapa penelitian sains sosial, misalnya yang dijalankan oleh John Hokins pada tahun 1982 lagi telah menemukan betapa lebih 80 peratus remaja di Amerika Syarikat contohnya sudah pernah terlibat dengan aktiviti seks (di luar nikah). 

Rumusan yang hampir sama telah diungkap oleh Marion Wright Elderman, presiden organisasi Children Defense Fund.  

Apakah generasi muda sebegitu yang mahu kita lahirkan daripada pelaksanaan subjek pendidikan seks yang bersifat "tangkap muat" dan "melepaskan batuk di tangga"? 

Lebih menimbulkan keraguan dan kerisauan kita, bila ia dicadangkan untuk dimasukkan menjadi satu slot atau barangkali modul baru bersempena adanya satu Program Latihan Khidmat Negara?  

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar menteri pembangunan wanita menjelaskan kepada kita apakah rasionalnya pihak kementeriannya mengusulkan cadangan ini kepada timbalan perdana menteri dan seterusnya kepada Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) atau Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)? 

Adakah kementerian pembangunan wanita telah sekurang-kurangnya mengadakan kajian tentang keberkesanan cadangan tersebut sebelum ia diusulkan? 

Dewan Muslimat percaya, sangat tidak wajar dan tidak bertanggungjawab apabila pihak kementerian bertindak mengemukakan cadangan tersebut dalam satu program yang jelas mempunyai visi dan misi yang khusus dalam konteks patriotisme seseorang remaja. 

Apatah lagi umum mengetahui betapa modul-modul yang sedia ada dalam PLKN seperti modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karektor dan modul khidmat komuniti sudah terlalu padat dan berat. 

Bukan setakat itu, kementerian wajar sedar dan mengambil iktibar daripada segala masalah yang telah timbul dalam PLKN sejak ia diperkenalkan pada 2004. 

Kekerapan pelbagai masalah bersilih ganti sepanjang tempoh pelaksanaannya seperti pergaduhan, gangguan seks, peras ugut, ragut, cabul, rogol, penyalahgunaan dadah, kes kehilangan pelatih dan yang paling malang, sehingga kini sejumlah 16 kematian pelatih direkodkan.  

Lebih merisaukan kita semua, khususnya ibu bapa, apabila subjek pendidikan seks tersebut dihidangkan kepada para remaja yang merupakan pelatih PLKN dalam keadaan mereka itu berjauhan daripada pemerhatian keluarga. 

Apatah lagi umum mengetahui betapa generasi muda ini khususnya yang meningkat remaja adalah satu kelompok yang ghairah untuk mencuba segala yang baru.

Dapatkah kita membayangkan apakah yang akan berlaku nanti setelah mereka didedahkan dengan subjek pendidikan seks di tempat dan pada masa yang saya percaya sangat tidak sesuai?  

Justeru, Dewan Muslimat menegaskan bahawa PLKN bukanlah satu saluran hatta bukan juga satu tempat dan masa yang sesuai untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyelitmasukkan subjek atau modul pendidikan seks kepada para pelatih. 

Cadangan tersebut mesti ditarik balik dengan segera dan kementerian disaran terlebih dahulu menjelaskan kepada rakyat  tentang Konsep, objektif dan mekanisma pendidikan seks yang mahu diterapkan dan diserapkan masuk kepada generasi muda negara kita. 

 Aiman Athirah Al Jundi ialah setiausaha Dewan Muslimat PAS. Artikel ini asalnya siaran media yang beliau sediakan.

Friday, February 20, 2009

Pemandangan Lokasi Kem


Berikut menunjukkan pemandangan lokasi salah satu kem yang telah digunakan dalam pelaksanaan PLKN ini.




Thursday, February 19, 2009

Gambar-Gambar Aktiviti PLKN






Lagi Cadangan Untuk Memantapkan PLKN

Klik gambar di bawah untuk di besarkan.
Diambil dari http://www.mca.org.my/

Wednesday, February 18, 2009

Pandangan Mengenai PLKN

Secara peribadi, pelaksanaan PLKN ini merupakan satu langkah yang murni pihak kerajaan di dalam menyemaikan nilai-nilai positif ke dalam diri golongan setiap remaja yang baru hendak melangkah ke dunia yang lebih luas ini yang akan menerajui negara ini pada masa hadapan. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang aman dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan negara. Namun begitu, kesan gelombang globalisasi telah mencabar keamanan dan keharmonian negara dalam pelbagai bentuk yang sukar diramalkan. Nilai individualistik, materialistik dan pelbagai nilai yang baik di kalangan masyarakat khususnya remaja telah sedikit sebanyak mulai terhakis atau dilupai. Semangat patrotisme dan nilai kesukarelaan sudah mulai terjejas menggantikan gejala sosial yang negatif yang merosakkan individu dan masyarakat. Keadaan ini memerlukan langkah dan strategi mantap bagi melindungi generasi remaja yang bakal memimpin dan membawa negara ke arah Wawasan 2020. Dan sebagai salah satu strategi Kerajaan untuk membentuk dan melahirkan generasi baru, generasi yang berwasasan, berdisiplin, berkeyakianan terhadap diri, generasi berilmu, maka Program Latihan Khidmat Negara telah diperkenalkan pada tahun 2004. Berteraskan semangat Rukun Negara, PLKN diyakini akan dapat membantu memupuk dan meningkatkan lagi semangat patriotisme, integrasi nasional demi untuk kestabilan dan kesejahteraan rakyat yang berterusan dan sekaligus bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.


Maklumbalas Mengenai Pelaksanaan PLKN


Di dalam perlaksanaan PLKN ini, terdapat beberapa maklumbalas yang diperolehi daripada pelbagai pihak. Ada yang memberikan maklumbalas yang baik dan ada yang sebaliknya. Antara 'feedback' yang telah diterima sepanjang tempoh pelaksanaan program itu ialah:

Maklumbalas positif:
  • para remaja tidak lagi terlibat dengan gejala-gejala sosial yang tidak sepatutnya
  • pelatih dapat menimba banyak pengalaman, memupuk sifat bertanggungjawab dan lebih matang
  • dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara dan menanam semangat kenegaraan berteraskan Rukun Negara di kalangan remaja
  • menambahkan keyakinan diri para remaja untuk menjadi lebih berdikari
  • dapat menanamkan semangat perpaduan di kalangan pelbagai kaum
  • dapat mempelajari teknik yang baru dengan betul, contohnya dalam kegiatan sukan seperti berenang atau berkayak
  • berkumpul beramai-ramai dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara peserta dan dapat berkenalan dengan rakan baru dimana merupakan satu pengalaman yang meyeronokan bagi mereka
  • dilatih untuk menjadi seorang yang berdisplin
  • terlibat di dalam banyak aktiviti yang tidak pernah diceburi selama ini
Maklumbalas negatif:
  • jurulatih yang tidak berpengalaman dan tidak bertanggungjawab
  • remaja lebih banyak terjebak kepada masalah sosial dengan percampuran jantina
  • tiada perubahan yang berlaku kepada remaja yang telah tamat latihan dan malah lebih berubah kepada negatif terutamanya dari segi sosial
  • kesihatan remaja tidak dijaga
  • peraturan yang berat sebelah dan terlalu ketat tetapi tidak kepada sesetengah pihak yang ternama
  • kelengkapan yang disediakan contohnya seperti tempat kediaman, makanan dan keperluan lain adalah memuaskan tetapi bila tiba waktu makan, lauk yang diterima adalah sangat sedikit dan bersaiz kecil sekiranya tiba lambat
  • terdapatnya kes-kes yang melibatkan masalah kesihatan berlaku di kem latihan disebabkan kurang keperihatinan pelatih dalam menjaga keadaan peserta di kem latihan sebagai contoh yang berlaku pada seorang peserta yang didapati menghidapi masalah kulit kronik semasa menjalani latihan (keadaan ini perlu diambil berat bagi menjamin keadaan peserta semasa menjalani latihan selama 3 bulan dan peserta berasa selamat ketika menjalani latihan)
  • kehidupan di kem latihan terlalu sosial sehingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak di ingini kerana kurangnya penerapan dari segi agama dalam aktiviti di kem
  • bekas peserta PLKN 2004 menyatakan kemudahan pada sesi mereka adalah tidak memuaskan dimana mereka terpaksa tidur di dalam khemah dan hanya dibekalkan sebuah kotak kayu yang kecil untuk meletakkan barang tapi mungkin keadaan sekarang telah berubah dari segi facilities di kem ( tilam,katil,locket dan etc)
  • komen mengenai kes kematian yang berlaku di kem latihan dimana jurulatih yang ada masalah sikap perlulah dikenakan tindakan bagi megelakkan kejadian berulang dan pengambilan jurulatih juga adalah perlu dititilberatkan
  • komen mengenai masa terlalu cepat (perlu tergesa-gesa di dalam melakukan sesuatu) dan peraturan terlalu ketat serta pengajar yang terlalu garang
  • terdedah kepada virus denggi, virus tikus dan sebagainya punca kepada salah satu alasan mengapa ibubapa tiak mahu menghantar anak ke kem PLKN
***Kesemua komen-komen di atas telah diubahsuai untuk kesesuaian blog ni.
***Komen di atas merupakan komen sebenar yang diterima daripada bekas peserta PLKN dari pelbagai tahun, sesi, kaum dan jantina.

Jadual Latihan

Pelaksanaan Komponen (Sistem Nilai) & Aktiviti


Komponen Sistem Nilai

Komponen ini mula dilaksanakan di 71 buah kem bagi pelatih-pelatih Kumpulan 2 Siri 2/2005. Objektif-objektif yang mahu dicapai adalah seperti berikut;
  • Pelatih dapat memahami konsep nilai, sistem nilai, kegunaan dan kelebihannya
  • Pelatih dapat mengenali nilai diri, membentuk nilai dan maruah diri serta menghormati nilai orang lain
  • Pelatih dapat melihat nilai dalam perlakuan harian mereka
  • Pelatih dapat membentuk nilai pasukan, nilai bersama (shared values)
  • Pelatih dapat menghargai nilai
  • Pelatih dapat mengaplikasikan nilai berkesan/positif

Pelaksanaan Komponen (Silang Budaya) & Aktiviti


Komponen Silang Budaya

Komponen ini mula dilaksanakan di 71 buah kem bagi pelatih-pelatih Kumpulan 2 Siri 2/2005. Terdapat tiga subkomponen iaitu silang budaya, silang agama dan silang jantina. Objektif utama adalah supaya para pelatih dapat memahami persamaan dan perbezaan dari segi budaya, agama dan jantina agar mereka boleh hidup lebih harmoni dan mengelakkan konflik yang melampau. 

Objektif-objektif khusus yang mahu dicapai adalah seperti berikut;
  • Pelatih dapat memahami pelbagai budaya kaum-kaum Melayu, Cina, Baba dan Nyonya, India, Portugis, Kadazan, Iban
  • Pelatih dapat memahami pelbagai agama seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh
  • Pelatih dapat memahami peranan, persamaan dan perbezaan antara kaum lelaki dan perempuan

Tuesday, February 17, 2009

Pelaksanaan Komponen (Kebudayaan) & Aktiviti


Komponen Kebudayaan

Komponen ini mula dilaksanakan di 35 buah kem yang terpilih bagi bagi pelatih-pelatih Kumpulan 2 Siri 2/2005. Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di dalam komponen kebudayaan ini meliputi aktiviti seperti sesi mengenal tokoh dan penghayatan puisi, sesi gerak berkumpulan dan persembahan kumpulan. Objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut;

  • Pelatih dapat menyampaikan mesej kecintaan dan memanifestasikan perasaan terhadap pemimpin, bangsa dan tanah air
  • Pelatih boleh mengaplikasikan nilai-nilai murni semasa bekerja sebagai satu pasukan
  • Pelatih dapat menghasilkan kerja yang kreatif dan berfikiran kritis
  • Pelatih memahami kepentingan pemikiran kritis dan daya kreativiti untuk menempuhi cabaran dalam kehidupan

Pelaksanaan Komponen (Kerohanian) & Aktiviti


Komponen Kerohanian

Komponen ini telah mula dilaksanakan di 71 buah kem untuk pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 2/2005. Aktiviti termasuklah kuliah subuh, pendidikan kerohanian, bacaan yassin serta tahlil dan penerapan nilai-nilai sejagat (universal). Objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut;
  • Supaya semua pelatih memahami nilai-nilai murni di dalam kehidupan (termasuklah tentang khidmat sosial/komuniti
  • Supaya semua pelatih memahami nilai-nilai profesionalisme (termasuklah nilai-nilai kecemerlangan)
  • Supaya semua pelatih memahami nilai-nilai kepimpinan
  • Supaya semua pelatih memahami konsep patriotisme (merangkumi sejarah kemerdekaan, pengisian kemerdekaan dan mengaplikasi rasa tanggungjawab menjaga aset Negara)
  • Supaya pelatih beragama Islam mempelajari fitrah kejadian manusia dalam aqidah dan tauhid
  • Supaya pelatih beragama Islam mempelajari ibadah rutin harian (termasuklah tentang bersuci, sembahyang, berdoa dan lain-lain)
  • Supaya pelatih beragama Islam memahami dan mengaplikasi akhlak Islamiah (termasuklah cara beradab, melaksanakan fardhu kifayah, mengaplikasikan kecintaan kepada harta benda awam dan negara)

Pelaksanaan Modul Teras (Khidmat Komuniti) & Aktiviti


Modul Khidmat Komuniti

Secara khususnya, objektif utama Modul Khidmat Komuniti ialah untuk;
  • untuk mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta
Para peserta mempelajari melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar, kemudahan awam dan penempatan di agensi kerajaan.

Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tematema tersebut, mengenalpasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi setiap tema ialah:
  • kejiranan
    ---> perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa, kampung orang asli, FELDA dan lain-lain

  • perkhidmatan sosial
    ---> Sumbangan kerja sukarela meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan

  • alam sekitar
    ---> membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya

  • kemudahan awam
    ---> Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain

  • Penempatan di agensi kerajaan
    ---> mendedahkan kepada pelatih tentang peranan agensi untuk pembangunan negara dan peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi agensi-agensi tersebut


Monday, February 16, 2009

Pelaksanaan Modul Teras (Pembinaan Karakter) & Aktiviti


Modul Pembinaan Karakter

Secara khususnya, objektif Modul Kenegaraan ialah untuk;
  • untuk membina karakter yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti dan negara
  • mempelajari tentang kejujuran, membuat pilihan, bertanggungjawab, memimpin, menunaikan janji (komitmen) dan membina keyakinan diri
Terdapat dua komponen yang akan dilalui peserta di mana yang pertama berfokus kepada pembinaan diri dan kedua adalah tentang diri dengan orang lain.

Komponen Pertama
Peserta akan melalui proses :
  • penerokaan diri sendiri
  • menyedari dan mengenal pasti ciri-ciri diri (seperti aspek kepimpinan)
  • memperkayakan kekuatan dan memulihkan kelemahan diri
Komponen Kedua
Peserta akan :
  • menyedari tentang penglibatan orang lain dalam kehidupan mereka
  • mengetahui kemahiran untuk bekerja sebagai ahli satu pasukan, cara bertindak sebagai pemimpin dalam kumpulan dan mengatasi masalah di dalam kumpulan
Kurikulum modul ini meliputi subjek-subjek berikut:
  • Ceramah
  • Permainan
  • Latihan

Saturday, February 14, 2009

Pelaksanaan Modul Teras (Kenegaraan) & Aktiviti


Modul Kenegaraan

Secara khususnya, objektif Modul Kenegaraan ialah untuk;
  • memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building)
  • meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara
  • mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah airrakyatkerajaankedaulatandan cabaran-cabaran dalam dan luar negara
Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara.
Apa yang akan dipelajari dalam setiap elemen adalah:
  • Elemen tanah air
    ---> 
    peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya
    ---> p
    eserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain
  • Elemen rakyat
    ---> p
    eserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya
  • Elemen kerajaan
    ---> 
    peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain
  • Elemen kedaulatan
    ---> p
    eserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara
  • Elemen cabaran-cabaran dalam dan luar negara
    ---> 
    peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan
Kurikulum modul ini meliputi subjek-subjek berikut:
  • Lawatan
  • Simulasi
  • Lakonan
  • Dinamik kumpulan
  • Menonton gambar
  • Melukis
  • Berdebat
  • Menafsir peristiwa

Friday, February 13, 2009

Pelaksanaan Modul Teras (Fizikal) & Aktiviti

Modul Fizikal

Secara khususnya, objektif Modul Fizikal ialah untuk;

  • Membina disiplin dalaman melalui unsur regimentasi ala tentera untuk membangun karakter unggul
  • Meningkat motivasi diri untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri
  • Memupuk semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan peserta berbilang bangsa, budaya dan agama sebagai langkah ke arah integrasi nasional
  • Meningkat kefahaman dari segi peranan mereka dalam konteks keselamatan dan pembangunan negara
Kurikulum modul ini meliputi subjek-subjek berikut:
  • Regimentasi ‘ala tentera’ untuk meningkat disiplin diri (contoh; aktiviti kawad)
  • Aktiviti litar tali tinggi dan rendah
  • Motivasi diri untuk menanam nilai-nilai positif
  • Latihan Dalam Kelompok untuk latihan Binapasukan
  • Kefahaman mengenai fungsi pemimpin dan pengikut
  • Teknik menyelesai masalah (contoh; melalui sukan kreativiti)
  • Teknik Ikhtiar Hidup (Survival; seperti kraf hutan, pertolongan cemas dan ilmu mempertahankan diri)
  • Aktiviti air
  • Aktiviti Berpasukan (seperti ekspedisi hutan)