Komponen ini mula dilaksanakan di 35 buah kem yang terpilih bagi bagi pelatih-pelatih Kumpulan 2 Siri 2/2005. Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) di dalam komponen kebudayaan ini meliputi aktiviti seperti sesi mengenal tokoh dan penghayatan puisi, sesi gerak berkumpulan dan persembahan kumpulan. Objektif-objektif yang ingin dicapai adalah seperti berikut;
- Pelatih dapat menyampaikan mesej kecintaan dan memanifestasikan perasaan terhadap pemimpin, bangsa dan tanah air
- Pelatih boleh mengaplikasikan nilai-nilai murni semasa bekerja sebagai satu pasukan
- Pelatih dapat menghasilkan kerja yang kreatif dan berfikiran kritis
- Pelatih memahami kepentingan pemikiran kritis dan daya kreativiti untuk menempuhi cabaran dalam kehidupan
No comments:
Post a Comment