Modul Kenegaraan
- memperluaskan pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building)
- meningkatkan perasaan cinta serta pengorbanan para peserta program kepada negara
- mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatandan cabaran-cabaran dalam dan luar negara
Melalui latihan dalam kumpulan, jurulatih memimpin kumpulan untuk mempelajari tentang kenegaraan yang merangkumi tanah air, rakyat, kerajaan, kedaulatan dan cabaran-cabaran dalam dan luar negara.
Apa yang akan dipelajari dalam setiap elemen adalah:
- Elemen tanah air
---> peserta akan dibantu membina serta memupuk rasa sayang kepada tanah air dan sanggup mempertahankannya
---> peserta membincangkan tentang negara dari segi aspek geografi, keindahan bumi ini, hasilnya, sempadan dan lain-lain - Elemen rakyat
---> peserta dapat mengetahui asal-usul pelbagai ras, etnik, membina rasa sayang sesama etnik dan antara etnik, memahami kepentingan bersatu-padu melalui aktiviti seperti menganalisis fakta tentang etnik, mengharmonikan perbezaan, memahami persamaan dan sebagainya - Elemen kerajaan
---> peserta memahami bagaimana negara (tanah air, rakyat, kedaulatan) ini ditadbir dan diurus, melalui sistem pentadbiran, undang-undang, perlembagaan dan lain-lain - Elemen kedaulatan
---> peserta memahami kepentingan dan cara untuk mempertahankan kebebasan negara - Elemen cabaran-cabaran dalam dan luar negara
---> peserta menyedari peluang dan ancaman yang datang secara berterusan
Kurikulum modul ini meliputi subjek-subjek berikut:
- Lawatan
- Simulasi
- Lakonan
- Dinamik kumpulan
- Menonton gambar
- Melukis
- Berdebat
- Menafsir peristiwa
No comments:
Post a Comment