
Thursday, February 12, 2009
Kaedah Latihan

Wednesday, February 11, 2009
Akta Latihan Perkhidmatan Negara
Rang undang-undang Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 25 Jun 2003 dan oleh Dewan Negara pada 7 Julai 2003.
Monday, February 9, 2009
Konsep PLKN
- Berteraskan Rukun Negara
- Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari berbagai kaum
- Penyertaan diwajibkan dan tiada pengecualian melainkan atas sebab-sebab kesihatan yang diiktiraf oleh doktor/hospital kerajaan
- Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun . Buat masa ini kerajaan memutuskan penyertaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau seusia dengannya
- Jangkamasa program latihan tidak melebihi daripada enam (6) bulan
- Kurikulum dibentuk dengan mengambilkira kepelbagaian kaum
- Melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGO
- Bukan berbentuk kerahan tenaga atau “Military Conscript”
- Mempunyai kurikulum yang berbagai disiplin
- Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu
- Dilaksanakan di kem latihan secara berterusan selama tidak lebih daripada 90 hari (di dalam PLKN Siri 1/2004 pelatih mengikuti Modul Fizikal di dalam kem dan Modul Kenegaraan, Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti di Institusi Pengajian Tinggi Awam)
- Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan tetapi mengenakan hukuman untuk mengajar
- Menyeronokan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa
- Menjadi proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk experiential
- Mengutamakan semangat muhibbah di dalam semua aktiviti yang dijalankan
- Bilangan pelatih bagi setiap kem ialah antara 300 – 400 orang (di dalam PLKN Siri 1/2004 seramai 680 – 720 orang pelatih berada di setiap kem)
- Semua pelatih tinggal di dalam berek/blok kediaman dan tidak lagi dalam khemah seperti semasa Siri 1/2004. Setiap berek akan didiami oleh 25 orang pelatih
- Diwujudkan Kumpulan Naziran untuk pemantauan. Setiap pasukan naziran di bawah Majlis Latihan Khidmat Negara di peringkat negeri di seluruh negara dipengerusikan oleh seorang anggota Majlis
- Memastikan pelatih tidak dibebankan dengan subjek-subjek yang telah dilalui di sekolah
- Mengurangkan kepadatan modul untuk disesuaikan dengan remaja lepasan sekolah
- Arah tuju dan tindakan selanjutnya mengenai Khidmat Negara akan diambil berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri
Friday, February 6, 2009
Konsep Logo
- Konsep logo yang cuba ditonjolkan ialah api yang sedang membara melambangkan semangat patriotisme
- Bentuk api dihasilkan dengan jalur merah melambangkan 3 suku kaum utama di Malaysia bersatu padu mempertahankan negara
- Bentuk bulat berwarna biru menandakan perpaduan yang erat antara yang terjalin antara kaum
- Bentuk bulan dan bintang pula melambangkan kedaulatan negara yang harus dipertahankan oleh semua pihak
- Perkataan KHIDMAT NEGARA dibentuk mencakupi bentuk api tadi bagi melambangkan misi dan visi yang akan dilaksanakan
Tuesday, February 3, 2009
Objektif PLKN
- menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda atau remaja Malaysia
- mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional
- membentuk perwatakan positif melalui penerpaan nilai-nilai murni
- menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja
- melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri
Sunday, February 1, 2009
Latar Belakang PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ataupun National Service (NS) dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Pada 24 Oktober 2002, pelbagai golongan masyarakat (termasuk orang individu, pelajar, tokoh, pesara, ahli korporat, ahli akademik, Polis di Raja Malaysia, Angkatan tentera Malaysia, badan berkanun, ketua jabatan kerajaan, pegawai kanan kerajaan, ahli dewan negara, ahli dewan rakyat (dari kerajaan dan pembangkang), setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri dan menteri besar) telah sebulat suara dalam menyatakan hasrat untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ ataupun yang lebih dikenali sebagai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Antara alasan-alasan yang telah dibentangkan kepada cetusan idea ini adalah;
- Sebagai penyediaan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara
- menanam semangat kesukarelaan
- menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum
Maka, pihak kerajaan telah menjalankan beberapa kajian dengan mendapatkan maklumbalas daripada beberapa pihak mengenai pelaksanaan program ini. Di antaranya ialah:
- para ibubapa dan pelajar yang ditemui dari pelbagai kaum memberi pendapat yang berbeza-beza dari segi tempoh perjalanan program ini, tetapi kesemuanya bersepakat di dalam pernyataan objektif utama program iaitu patriotisme, perpaduan dan disiplin
- pandangan dari badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti politik
- mengkaji pelaksanaan program-program ini di negara-negara lain
- menukarkan istilah ‘kerahan tenaga’ kepada ‘khidmat negara’